Gunting – Lipatan 50 Kisah Pengkhianatan, Cerpen Terbaharu CikYam Terselit Di Sini
Alhamdulillah. Buku terkini karya CikYam dah terbit. Walaupun karyanya pendek je iaitu cerpen tapi CikYam bangga. Bukan apa, naskhah ini lama terperap. Bertukar-tukar pelbagai perkara. Dengan PKP la, PKPB la. Terperap kat editoral, terperap kat kilang cetak. Namun akhirnya siap. Alhamdulillah.
CikYam masih ingat, menulis karya ni masa CikYam dalam pantang. Baru lepas bersalin. Caeser pulak tu. Banyak sentimental value. Penuh emosi. Yelah, dalam pantang kan.
Apabila diminta menulis kisah mengenai pengkhianatan, CikYam cari satu kisah pengkhianatan yang menyakitkan emosi kewanitaan. Lebih pada rasa sedih dan terhiris berbanding pengkhianatan yang mencetus amarah dan baran.
Mungkin ramai yang berasakan pengkhianatan daripada orang luar dan jauh hubungannya dengan diri. Misalnya kenalan, saudara mara, jiran atau orang sekeliling yang tiada kaitan darah.
Namun CikYam cuba sampaikan pengkhianatan daripada insan yang paling dekat dengan kita. Orang yang berkongsi bantal, berkongsi keintiman dengan diri kita. Suami! Tiada kaitan darah tapi hubungan yang lebih erat yang terikat dengan lafaz akad.
CERPEN PASAL PENGKHIANATAN SUAMI
Pengkhianatan daripada suami amat menyakitkan. Amat memeritkan. Pengkhianatan yang mendera emosi. Pengkhianatan yang menyentap rasa kerana dia suami. Kalau dia jiran ke, kawan satu pejabat ke, mungkin kesan pengkhianatan dia tak seteruk kalau suami yang buat khianat tu.
Alangkah sakit rasanya apabila insan yang saling menghela nafas seintim rasa namun akhirnya menyelar perasaan dengan satu pengkhianatan yang sangat mengundang bala kerana dulu pun dia merentas ego yang sama. Nama pun suami, kan? Apa yang dia buat tu, cepat sungguh terasa sampai ke lubuk hati paling dalam.
Macam yang CikYam cerita kat atas tadi, CikYam menaip karya ni masa dalam cuti berpantang. Masa terluang yang ada, walau sakit sebab bersalin caeser, CikYam cuba menaip menyantuni pihak penerbit MetroMedia yang mahukan karya daripada CikYam ketika itu.
Kami berhubung melalui inbox di facebook dan kemudian melalui e-mel. Bersalin anak kedua tahun 2017, tahun 2021 baru siap terbit buku ni. Betapa lama menanti, akhirnya dapat direalisasikan.
Jadi, korang semua, janganlah sia-siakan peluang yang ada. Betapa lama menanti buku ini siap, korang patut dapatkan senaskhah hari ini. Jom baca karya cerpen terbaharu CikYam bersama penulis-penulis lain dalam GUNTING. Buku ni RM30. Postage RM8.50. Total RM38.50. Tapi CikYam ada promo untuk cetakan pertama ni tau. Tengok poster kat bawah ni.
Ha, cuma RM35 sahaja. Dah siap sekali dengan postage tau. Nak beli? KLIK SINI- CikYam, saya nak beli la buku ni.