Coretan 1: Hilang Pekerjaan, Pergilah Duka

CikYam ialah seorang wartawan yang telah hilang pekerjaan selepas bergelumang dalam dunia media massa selama lebih 16 tahun. Pada usia 40-an, CikYam panik apabila terpaksa berdepan dengan situasi hilang pekerjaan, hilang gaji dan hilang maruah diri.

CikYam ambil kesempatan untuk mencoretkan kisah hidup selepas dua tahun hilang pekerjaan. Susah payah, derita dan bagaimana CikYam lalui kehidupan bersama suami OKU dan dua anak yang masih kecil berusia antara 4 tahun dan 6 tahun ketika CikYam diberitakan hilang pekerjaan.

Inilah coretan pertama:

Dalam sunyinya malam, selalu CikYam terimbau kembali. Dari ibu kota, kembali ke desa, apa sebabnya? Kecewa hilang pekerjaan yang disayang? Terasa hilang maruah bila majikan tidak lagi perlukan khidmat? Entah…

Aku wartawan senior yang pernah merangkul Anugerah Wartawan Rencana Terbaik (Bahasa Melayu) pun terbuang pabila tidak lagi diperlukan. Media massa dipenuhi wartawan muda, remaja, fresh ideanya. Idea aku telah usang agaknya.

Kenyataannya, CikYam kini berbumbungkan langit negeri di selatan tanah air. Di tempat tanah tumpahnya darah sendiri. Di sinilah nafasku bermula. Kembali ke desa yang segalanya asing. Walau ini tempat kelahiran, CikYam bukan dibesarkan di sini.


“Kita pindah kampung ya abang,” kata CikYam ketika sama-sama berehat depan TV lepas makan.


“Kalau itu boleh buat awak tenang, abang tak kisah,” balas dia sambil urut kaki kanannya yang cacat berstatus OKU tu.


Dan itulah dia keputusan paling drastik pernah aku buat selepas selautan air mata tumpah disebabkan tidak lagi bekerja sebagai wartawan. Tanpa berfikir apa-apa lagi, urusan pindah sekolah anak terus CikYam buat.

Tanpa angkut apa-apa selain kain baju, kami sekeluarga pindah. Ya, tak bawak apa-apa. Harapan menggunung supaya Allah permudahkan CikYam dan suami cari rezeki di sini. Kami berdua tiada gaji, tiada income, melainkan hutang keliling pinggang. Komitmen bulanan yang bukannya kecik. Hilang pekerjaan sebagai wartawan adalah malapetaka bagi kami sekeluarga.

Bukan mudah nak mula semula kehidupan yang dah bertahun-tahun di bina di ibu kota. Balik kampung tanpa ada apa-apa perancangan. Kalau aku muda, single, aku tak kisah. Tapi kini ada dua anak! Sangat susah.

Hari demi hari, kini dah lapan purnama aku di kampung, alhamdulillah makin serasi. Kadang terserempak dengan katak, lipan malah anak ular depan mata. Pernah juga babi hutan lima beranak buat lintas langsung depan pintu rumah ketika CikYam sedap menaip artikel di meja yang kedudukannya betul-betul depan pintu masuk rumah. Haha.

Kalau lapar, tiada Food Panda. Sebab keluar beli sendiri lebih cepat dan pilihan warung merata-rata ada. Malam-malam, dulu duduk di balkoni apartmen. Sekarang nak baring dekat anjung sambil tengok langit, bulan dan bintang pun boleh. Cumanya kena tahan sajalah nyamuk berdengung.

Mr Mama boleh menyanyi dan bermain gitar.

Sesekali, time romantika di amor datang dalam jiwa, CikYam dan Mr Mama duduk bawah pokok buluh tepi parit sambil main gitar.

Senggol-senggolan,
Cubit-cubitan,
Aku bernyanyi,
Kau petik gitar,
Senandungkan cinta….

.
Kah! Mas Idayu gitu kan?

PERGILAH DUKA. Aku ingin bahagia.

Support CikYam di facebook: CORETAN PERTAMA: Hilang Pekerjaan, Pergilah Duka

JURNAL PENULISAN

Apa itu Jurnal Penulisan?

Ini adalah satu ikhtiar yang CikYam gunakan untuk cuba menulis kisah hidup CikYam sendiri dalam bentuk manuskrip dan akhirnya boleh diterbitkan sebagai sebuah buku. Daripada buku Jurnal Penulisan inilah CikYam coretkan perjalanan demi perjalanan CikYam berdepan dengan situasi hilang pekerjaan.

Nak coretkan kisah anda sendiri? Jom dapatkan Jurnal Penulisan di sini (NAK JURNAL PENULISAN)