Tentang Cik Yam

Mantan wartawan arus perdana. Kini aktif sebagai penulis upahan dan jurulatih penulisan. Perlukan khidmat penulisan atau jurulatih penulisan? Jom kita bekerjasama!

CikYam Dilantik Sebagai Ahli JPS NOSS Penerbitan Multimedia Kreatif Level 4 & 5

Facebook
Twitter
LinkedIn

Pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Pembangunan Standard (JPS) bagi sesuatu bidang adalah perkara yang CikYam tidak pernah terfikir pun sepanjang berada dalam karier. Namun, perkara itu berlaku dalam kenyataan hidup. CikYam memohon lantikan sebagai Ahli JPS NOSS Penerbitan Multimedia Kreatif dan selepas melalui sesi penilaian, alhamdulillah ada rezeki CikYam di sini.

Untuk dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pembangunan Standard (JPS), seseorang itu perlu memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

Ahli JPS bidang pekerjaan berkaitan adalah pakar bagi bidang tersebut dan perlu mematuhi kriteria berikut:

  • individu yang sedang bekerja dalam bidang pekerjaan yang sedang dianalisis dan berpenggalaman sekurang-kurangnya tujuh tahun dalam bidang tersebut atau penyelia yang menyelia secara terus pekerjaan ini;
  • individu yang dianggap oleh rakan sekerja dan penyelia sebagai pekerja pakar;
  • individu yang gembira bekerja dalam kumpulan dan menghargai kaedah pendekatan kata sepakat bagi membuat sesuatu keputusan; dan
  • individu yang tidak cenderung dan berat sebelah kepada kurikulum latihan tetapi menyertai proses pembangunan standard ini dengan memberi tumpuan kepada keperluan bidang pekerjaan mereka dan bukan kepada keperluan program latihan seterusnya yang akan dibangunkan melalui analisis ini.
CikYam bersama ahli panel yang lain dan fasilitator kami.

Sebagai ahli JPS, CikYam adalah panel pakar yang perlu berkongsi pengalaman dalam industri untuk membangunkan keperluan dalam NOSS iaitu Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan atau dalam bahasa Inggeris, National Occupation Skills Standard. NOSS ini akan digunakan dalam industri dan juga untuk melatih pelajar dalam bidang kemahiran.

Macam ni la dalam ruang mesyuarat. Kami duduk dan berbincang mengenai apa yang perlu dimasukkan dalam NOSS supaya standard ini betul-betul menepati keperluan pekerjaan dalam industri.
Masa ni sepatutnya dah boleh balik. Tapi itulah, orang dalam industri kreatif memang menghargai waktu terluang kerana ketika waktu bekerja kami fokus. Apabila ada masa terluang, memacam isu dalam industri kami sembangkan sampai tak nak balik.

NOSS BIDANG PENERBITAN MULTIMEDIA KREATIF TAHAP 4 & 5

Sepanjang membangunkan NOSS, semua panel perlu berada dalam sesi mesyuarat sebanyak tiga sesi.

Sesi pertama (21 – 24 Jun 2024) – empat hari
Sesi kedua (11 – 14 Ogos 2024) – empat hari
Sesi ketiga (7 – 8 September 2024) – dua hari

Dalam NOSS ini mengandungi cara kerja dalam bidang Penerbitan Multimedia Kreatif yang sangat relevan dengan keperluan standard pekerjaan pada hari ini. Kebanyakan panel atau ahli JPS adalah orang dalam industri dan juga tenaga pengajar di pusat pembelajaran kemahiran bertauliah.

Apa yang CikYam nampak adalah memang ada sedikit perbezaan antara tenaga pengajar dan orang dalam industri. Alangkah bagusnya dalam panel ini ada juga tenaga pengajar yang juga merupakan pemain industri dalam bidang penerbitan multimedia kreatif ini. Sangat best!

Muka surat dalam buku NOSS Pembangunan Multimedia Kreatif Tahap 4.
Tercatat nama CikYam di situ sebagai salah seorang Ahli JPS.
Ini pula untuk level 5.
Juga ada nama CikYam di situ.

Sedang Usahakan Sijil Kemahiran Malaysia Kewartawanan Tahap 3

Asbab berkenalan dengan pemain industri yang lain dan ahli dalam bidang kemahiran, CikYam terpanggil untuk mendapatkan pengiktirafan dalam bidang kewartawanan bagi peringkat SKM tahap 3. Hal ini untuk mengiktiraf penglibatan CikYam dalam bidang ini yang telah lebih dari 16 tahun. CikYam mempunyai pengalaman kerja dalam bidang ini dan tahu selok-belok dunia kewartawanan dari peringkat bawahan sampai atasan.

Doakanlah ya!

Bergambar pada sesi akhir mesyuarat pembangunan NOSS Penerbitan Multimedia Kreatif tahap 4 dan 5.

Terima kasih Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

 

 

 

Read More