CikYam suka menulis cerpen dan anekdot. Buku antologi cerpen dan anekdot tulisan pernah diterbitkan di bawah Alaf 21 dan beberapa penerbitan lain. Menulis cerpen dan anekdot walaupun pendek tapi sebenarnya tidaklah mudah. Berceramah untuk Bengkel Penulisan Anekdot bukan asing lagi bagi CikYam.
Pun begitu, ada cara untuk menulis cerpen dan anekdot supaya kita lebih mudah menulis kedua-dua jenis bahan kreatif ini. Apabila kita memahami teknik penulisannya, maka proses menghasilkan cerpen dan anekdot jadi lebih mudah.
CikYam rasa bertuah kerana mendapat perhatian daripada dua agensi kerajaan iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) cawangan Kuala Lumpur dan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) untuk berkongsi ilmu penulisan anekdot.

MODUL YANG DIPERCAYAI
Bengkel Penulisan Anekdot mengambil masa selama dua hari. CikYam sangat seronok berkongsi modul ini kepada semua peserta kerana masing-masing teruja untuk menulis selepas diberikan input.
Menurut mereka, perkara yang sukar menjadi lebih mudah kerana teknik penulisan diberikan satu demi satu tanpa membuatkan peserta rasa terperanjat atau semakin susah nak menulis.
Daripada tema, persoalan, plot, klimaks, plot twist dan juga ending cerita, semuanya CikYam tunjukkan. Alhamdulillah, peserta di PPAPP, daripada tidak tahu menulis anekdot, akhirnya sudah mampu memberikan sinopsis dan mereka cipta tajuk yang menarik untuk anekdot mereka yang bakal dibukukan.
Perkara yang menjadi daya tarikan adalah CikYam menyediakan lembaran kerja untuk para peserta. Lembaran kerja ini memberikan satu ciri unik yang sememangnya memudahkan para peserta mengikuti bengkel ini dari awal hingga akhir.
JOM TENGOK MOMEN MENARIK DI PPAPP



JOM TENGOK MOMEN MENARIK DI DBP PULA



Kesimpulannya, modul Penulisan Anekdot CikYam telah menembusi agensi kerajaan dan ini merupakan satu penghormatan bagi CikYam sebagai jurulatih penulisan. Bagi mana-mana agensi kerajaan yang ingin mempelajari modul ini, boleh hubungi CikYam ya.
Klik sini >>> HUBUNGI CIKYAM