Petang ni sajalah CikYam nak sembang. Nak sembang pasal nafkah. CikYam memang suka sembang bab nafkah. Sebelum ni pun, isu nafkah yang pernah CikYam up kat facebook pernah viral.
Nak baca pasal konten nafkah CikYam yang viral tu? Meh baca kat sini.
https://www.facebook.com/maryamelyas.cikyam/posts/2389889611291292


OK, yang CikYam nak sembang hari ni adalah satu kisah viral yang dikongsi kat banyak portal. Kisah seorang bekas isteri bagi nafkah pada bekas suami.
Terbaca satu cerita kat portal viral. Kisah seorang bekas isteri bagi nafkah kat bekas suami. Katanya walau keluarga bekas suami benci kat dia tapi dia tetap bagi nafkah kat bekas suami sebab dia memang orangnya baik, tak simpan dendam.
.
CikYam ni jahil bab agama. Setahu CikYam la kan, nafkah ni hukumnya wajib. Tapi bukan wajib kat isteri. Wajib kat suami bagi nafkah kat isteri dan anak.
.
Kita selalu dengar kisah suami culas bagi nafkah kat isteri. Jugak kisah bapak culas bagi nafkah kat anak selepas bercerai dengan isteri. Tetiba bertebaran kisah bekas isteri bagi nafkah kat bekas suami. Fuhhhhh. Besar sungguh kasih sayang seorang wanita, kan?
.
Tapi apa-apa pun, dalam kita berbuat baik, kita kena ada sedikit ilmu. Orang pompuan tak wajib menafkahi suami apatah lagi bekas suami. Kalau tetap nak bagi, itu namanya sedekah atau hadiah. Kang kalau cakap nafkah bekas suami, berduyun pulak bekas suami buat tuntutan nafkah.
.
Bekas suami pun tak wajib bagi nafkah kat bekas isteri. Inikan pulak bekas isteri nak bagi nafkah kat bekas suami. Entahlah labu. Wallahuaklam.
NAFKAH HANYA WAJIB KE ATAS SUAMI, BUKANNYA ISTERI
Ni sedikit info pasal nafkah untuk isteri yang diceraikan. CikYam ambil di laman web esyariah. Boleh klik kat link ni. Petikannya, CikYam copy paste kat bawah ni ya.
Apakah bentuk nafkah yang perlu disediakan oleh suami kepada isteri yang diceraikan?
Pemberian nafkah kepada isteri yang diceraikan tertakhluk kepada keadaan isteri yang diceraikan sama ada talak rajie atau bain atau perceraian sebelum persetubuhan.
i) Sekiranya seseorang isteri diceraikan oleh suaminya dengan talaq rajie maka menjadi tanggungjawab ke atas suami menyediakan nafkah berikut kepada isterinya selama ia di dalam iddah:
- Menyediakan makanan yang sepatutnya.
- Menyediakan pakaian yang sepatutnya.
- Menyediakan tempat tinggal untuk isteri yang diceraikan itu.
- Menyediakan apa-apa yang patut kepada seorang isteri seperti belanja perubatan dan sebagainya.
ii) Sekiranya ia diceraikan oleh suaminya dengan talaq bain, maka isteri tersebut hanya layak mendapat kemudahan tempat tinggal daripada suaminya selama ia di dalam iddah. Tetapi sekiranya ketika diceraikan ia sedang hamil maka dia juga layak mendapat keempat-empat kemudahan seperti perempuan yang diceraikan dengan talaq rajie.
iii) Sekiranya isteri yang diceraikan belum lagi disetubuhi maka dia tidak layak mendapat apa-apa nafkah daripada suaminya.
Pemberian nafkah akan gugur dengan sendirinya apabila suami meninggal dunia ketika isterinya di dalam iddah. Perempuan yang nusyuz tidak berhak mendapat nafkah daripada suaminya semasa di dalam iddah.
SUMBER: ESYARIAH.GOV.MY
So, kalau tengok kat sini, isteri layak dapat nafkah selagi dalam edah je. Lepas habis edah, takde dah. Tapi suami tetap wajib bagi nafkah kat anak walaupun dah bercerai dengan isteri. Yang tu kena ingat ye.
Kesimpulannya, takde pun istilah bagi nafkah kat bekas suami. Nak bagi duit, bagilah. Tapi itu namanya pemberian berupa hadiah atau sedekah. Bukan nafkah hokey!