5 Sebab Intro Copywriting Geng Mak Biz Kurang Berkesan
Intro adalah perenggan teratas dalam sesuatu penulisan. Intro yang berkesan memberikan makna yang besar pada pembacaan. Ini kerana seseorang pembaca menjadi lebih tertarik untuk bacaan selanjutnya. CikYam fokuskan konten ini padang geng mak bisnes yang buat bisnes online terutamanya di facebook.
Tak kisahnya buat copywriting jenis hardsell atau storytelling, intro kena ada. Kenapa kena ada? Supaya pembaca atau prospek kita lebih faham kita nak cakap pasal apa.
Jadi, jangan pandang remah pada penulisan intro. Kena ada intro yang best untuk merangsang orang baca tulisan kita. Kalau menulis sekadar nak tulis untuk saja-saja, tak apalah intro ke laut pun. Tapi kalau tulis copywriting, intro tak menarik, orang tak baca, macam mana nak menjual, kan? So, kenalah buat intro yang menarik untuk orang baca apa kita tulis.
Masa kerja wartawan, setiap artikel yang CikYam buat, perlu ada intro yang menarik supaya pembaca akan baca keseluruhan artikel tu. Kadang, lepas siap artikel tu, CikYam akan ubah intro asal kepada intro baru. Sebab apa? Sebab nak bagi lagi padat dan tepat kena pada isi konten.
Ya, nak dapatkan satu konten yang mantap, kita kena rajin perbaiki dan kemaskan setiap perenggan. Bukannya lepas siap, tak baca balik, terus je submit. Gituuuu.
.
CikYam senaraikan 5 sebab kena kita gagal buat intro yang best. 5 sebab itu adalah:
1) TAK KENA TEPAT DENGAN ISI KONTEN
Intro kena betul-betul tepat pada isi konten yang kita nak ceritakan. Kalau gagal buat macam ni, biasanya orang akan keliru sebenarnya kita nak cakap pasal apa.
2) SKEMA MACAM BUKU TEKS
Untuk penulisan copywriting di media sosial, elakkanlah ayat skema sangat. Gunakan bahasa santai. Sebab media sosial ni adalah tempat bersosial, tempat lepak. Kalau bahasa kita terlalu skema, orang bosan nak baca.
3) BANYAK SANGAT YANG DICERITAKAN
Dalam intro, jangan tulis banyak sangat benda yang nak diceritakan. Pilih pada fokus apa yang kita nak cerita. Tulis yang itu sahaja.
4) TIADA EMOSI
Gunakan emosi dalam penceritakaan. Tulislah kalau gembira tu gembira yang macam mana. Kalau sedih tu, sedih yang macam mana. Kalau terkejut tu, terkejut yang macam mana. Perbanyakkan emosi. Pasti intro tu jadi lebih mantap.
5) AYAT MELERET
Biasakan menulis ayat yang pendek-pendek. Jangan tulis ayat panjang. Elakkan guna kata ýang’sebab perkataan itu selalunya akan membuatkan ayat jadi panjang.
OK, ini 5 sebab utama kenapa penulisan intro copywriting geng mak bisnes selalunya kurang berkesan. So, jom kita perbaiki penulisan kita jadi lebih baik.