Tentang Cik Yam

Mantan wartawan arus perdana. Kini aktif sebagai penulis upahan dan jurulatih penulisan. Perlukan khidmat penulisan atau jurulatih penulisan? Jom kita bekerjasama!

4 Step Menulis Mudah, Ini Cara CikYam Menulis Selama Ini

Facebook
Twitter
LinkedIn

Menulis ni sebenarnya sangat menyeronokkan. Setiap orang ada style menulisnya yang tersendiri. CikYam pun macam tu. Korang pun ada cara penulisan tersendiri. Kali ni CikYam nak bagitahu mengenai cara CikYam menulis selama ni.

4 STEP MENULIS CARA CIKYAM

tip mudah menulis

CikYam suka nak share pasal 4 step menulis. Dah lama diamalkan dan CikYam rasa dengan 4 step ni, kerja menulis jadi mudah. Jom kita tengok step ni.

STEP 1: KENAL PASTI APA YANG NAK DITULIS

Kat sini, korang kena tahu apa temanya. Boleh sesiap tuliskan tajuk kalau tajuk tu dah muncul dalam kepala. Kalau takde tajuk pun takpe. Cuma pastikan tema tu dah ada.

Tema ni maksudnya macam TEKNIK MENULIS, PERCINTAAN, KOSMETIK, SKINCARE. Tema ni sesuatu yang besar.

Tajuk pula adalah skop yang lebih kecil berbanding tema. Contohnya kalau mengenai KOSMETIK, tajuk yang kita nak tulis adalah 5 Sebab Kita Kena Pilih Kosmetik Yang Diyakini Halal.

Kat sini jugak pastikan korang tahu konten yang ditulis tu untuk siapa. Maknanya korang dah tahu siapa sasaran pembaca yang korang nak menerima manfaat daripada penulisan korang tu.

STEP 2: TAHU ISI PENTING

Kat sinilah korang kena ambik masa sikit. Senaraikan isi penting dalam konten korang tu. Tak kiralah berapa isi penting pun. Ikut panjang mana yang nak ditulis. Konten yang bagus, seeloknya ada antara 4 hingga 6 isi penting.

STEP 3: PILIH GAYA BAHASA YANG HENDAK DIGUNAKAN

OK, ini gaya bahasa. Kalau korang tulis untuk website, mungkin bahasanya lain berbanding dengan penulisan kat facebook. Kalau kat instagram lain. Kalau korang menulis ebook pulak, mungkin lain. Gaya bahasa atau laras bahasa berbeza ikut medium penulisan.

STEP 4: JANGAN LUPA 3 ELEMEN PENTING DALAM PENULISAN

Ini secara keseluruhan. Penulisan kena ada 3 elemen penting iaitu intro, isi dan penutup. Jangan lupa ya. Berkali-kali CikYam dok ulang pasal 3 elemen ni. Sebab apa? Sebab inilah rangka penulisan yang memang kena ada setiap kali kita menulis.

So, jom kita ubah gaya penulisan kita sama-sama. Oh ye, CikYam ada jugak buat konten pasal ni di facebook page Puan Maryam Elyas. Nak tinggalkan komen kat situ? Jom klik sini (Page Puan Maryam Elyas)

JOM BACA ARTIKEL NI PULAK:

5 SEBAB INTRO COPYWRITING GENG MAK BIZ KURANG BERKESAN

Read More

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top