Pernah tak anda rasa begini?

Dah banyak sertai kelas penulisan, tapi masih keliru nak mula dari mana.

Menulis rencana digital, tapi pembaca tak ramai

Nak menjual melalui tulisan, tapi tak pasti bagaimana guna copywriting
Sertai Kelas Penulisan Online bulanan bersama CikYam (Maryam Elyas), penulis profesional dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam editorial dan dunia penulis upahan. Dalam masa empat jam, anda bukan sekadar belajar teknik, tetapi belajar cara berfikir sebagai penulis profesional.
Lihat sendiri transformasi mereka yang telah menimba ilmu bersama CikYam. Daripada rasa buntu tak tahu arah, kini mereka lebih faham cara merancang penulisan yang matang, jelas, dan berimpak. Ini bukan sekadar belajar teknik, tapi tentang bagaimana mereka berjaya membina kredibiliti dan identiti sebagai penulis yang dihormati.

Dah banyak sertai kelas penulisan, tapi masih keliru nak mula dari mana.

Menulis rencana digital, tapi pembaca tak ramai

Nak menjual melalui tulisan, tapi tak pasti bagaimana guna copywriting
Kelas yang akan dijalankan pada Februari 2026 direka khas untuk penulis yang:
Dalam siri webinar ini, CikYam akan membimbing anda melalui tiga kelas penulisan praktikal yang boleh terus diaplikasikan, walaupun anda masih dalam peringkat permulaan.
Ada ramai penulis upahan di luar sana namun CikYam mahu kita semua jadi penulis upahan yang berpendapatan tetap. Bukan hanya nama penulis upahan tapi upahnya tak pernah pun masuk poket kerana gagal mendapat klien.
Sebagai penulis, CikYam faham ramai yang ingin menjadikan penulisan sebagai kerja yang boleh dilakukan secara santai di rumah, namun boleh tambah income. Pun begitu, ada yang masih belum tahu cara betul untuk ‘terjun’ ke dunia ini.
Selepas hilang pekerjaan wartawan pada 2021, CikYam menjadikan penulis upahan sebagai punca utama pendapatan. Modul Kelas Penulis Upahan in CikYam susun step by step supaya anda faham perjalanan menjadi penulis upahan yang insya-Allah tidak akan gagal mendapat bayaran daripada klien.
Anda akan lebih yakin membawa diri sebagai penulis profesional. Ramai gelar diri penulis upahan, tapi sebenarnya mereka hanya penulis yang menunggu nasib. Anda jangan jadi seperti itu.
Modul kelas ini telah diakui berkesan oleh pihak MYNIC Berhad. Menariknya, modul ini adalah gabungan penulisan copywriting dan penulisan storytelling. Jadi, masuk kelas ini bermakna anda mendapat dua ilmu dalam satu masa.
Anda akan tahu cara menulis ayat jualan yang manusiawi, meyakinkan dan berjiwa, bukan sekadar ayat promosi hardsell dan over claim.
Anda akan faham cara merancang rencana dengan lebih matang, jelas dan berimpak. Anda tidak lagi menulis secara ‘syok sendiri’. Anda tahu apa yang mahu ditulis, untuk siapa dan kenapa ia penting.
Maryam Elyas atau lebih dikenali sebagai CikYam ialah seorang penulis profesional dan jurulatih penulisan bertauliah HRD Corp dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam industri kreatif.
Beliau pernah berkhidmat sebagai wartawan media arus perdana selama lebih 16 tahun, sebelum beralih sepenuhnya ke dunia penulis upahan profesional sejak tahun 2021. Sepanjang kerjayanya, CikYam telah terlibat dalam pelbagai projek penulisan melibatkan:
CikYam juga merupakan Pengasas PROWRITER, sebuah jenama penulisan profesional yang aktif melatih penulis, freelancer dan usahawan untuk menulis dengan strategi, etika dan nilai komersial.
Pengalaman jatuh bangun sebagai wartawan, penulis upahan dan usahawan menjadikan pendekatan pengajaran CikYam realistik, praktikal dan berterus terang. Sesuai untuk penulis yang mahu menulis dengan lebih berstrategi dan menarik.
“Kali terakhir saya menulis masa SPM. Lepas join kelas CikYam, terus rasa yakin. Artikel yang saya tulis dibetulkan satu persatu sampai jelas cara yang betul. Ilmu banyak, CikYam pun tak kedekut langsung.”
— Kak Leen Rashid

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Oktober 2023

Pusat Pembangunan Alumni UPM
26 Jun 2024

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
19-20 Ogos 2024

Institut Penyiaran dan Penerbitan Tun Abdul Razak (IPPTAR)
5-6 November 2024

Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP)
24 Februari 2025

Jabatan Penerangan Malaysia (Japen)
21-23 Februari 2025
Antara tulisan CikYam di akhbar Sinar Harian ketika bekerja sebagai wartawan. Ada juga paparan mengenai kaedah storytelling yang CikYam gunakan di Modachi Sdn Bhd.







Pilih modul yang anda perlukan dan mula belajar cara berfikir sebagai penulis profesional dalam masa 4 jam sahaja. Dibimbing terus oleh CikYam, individu yang telah terbukti memudahkan urusan ramai penulis dalam kerjaya mereka. Jangan sekadar menulis, jadikan setiap patah perkataan anda satu strategi yang bernilai.